Pengenalan

 

SELAMAN SDN BHD sebuah syarikat persendirian ditubuhkan dalam tahun 1977 melalui usahasama (joint-venture) diantara Yayasan Selangor dengan Syarikat Shahman Sdn Bhd. Dalam tahun 1986, saham Syarikat Shahman Sdn Bhd telah berpindah milik kepada Arab-Malaysian Development Berhad (AMDB) dan menambah modal berbayar kepada RM20juta.

Pada 20hb Ogos 1988, Jawatankuasa Permodalan Asing (Foreign Investment Committee) telah meluluskan pengambilan saham-saham yang dimiliki Yayasan Selangor kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Pengambilan saham ini menambah modal berbayar syarikat sebanyak RM10 juta menjadikan jumlah keseluruhan RM30 juta, sementara modal dibenarkan berjumlah RM40 juta.

AMDB pada 16 Mac 2011 telah menjual keseluruhan 40% sahamnya kepada Puncak Exotica Sdn Bhd.

 

Profil Syarikat

 
Nama : Selaman Sdn Bhd
No. Pendaftaran Syarikat : 34864-x
Alamat : Lot 82, Lorong Mamanda 1, Ampang Point, 68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603 4257 0151
Fax: 603 4257 7050
Email: marketing@selaman.com.my
Aktiviti Utama : Pembangunan hartanah, pelaburan hartanah, pengurusan projek dan pengurusan hartanah.

 

 


Kecemerlangan dan Berkualiti

1) Menggalak, memaju dan membangunkan kawasan-kawasan kediaman, perniagaan, perindustrian, perdagangan dan aktiviti-aktiviti yang lain. 2) Berusaha meningkatkan tahap kecekapan wargakerja. 3) Berusaha untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti, serta mampu memenuhi citarasa pelanggan.


Mantap dan Berdaya Saing

1) Menggembeling pemikiran dan usaha ke arah kejayaan syarikat. 2) Menyumbang dan menerajui pembangunan negeri dan negara. 3) Meneroka dan mempelbagaikan aktiviti ke arah pengukuhan harta dan pendapatan syarikat. 4) Terus kekal menjadi salah sebuah syarikat hartanah yang kukuh, mantap dan berdaya saing.


Berdedikasi Untuk Merealisasikan Matlamat

Dibarisi oleh wargakerja yang berpengalaman luas, cekap, amanah dan berdedikasi, ditambah pula dengan pegangan hartanah yang kukuh, Selaman Sdn Bhd akan terus berusaha dengan gigih dalam sektor pembangunan hartanah, demi mencapai dan merealisasikan matlamatnya.