Kecemerlangan dan Berkualiti 1) Menggalak, memaju dan membangunkan kawasan-kawasan kediaman, perniagaan, perindustrian, perdagangan dan aktiviti-aktiviti yang lain. 2) Berusaha meningkatkan tahap kecekapan wargakerja. 3) Berusaha untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti, serta mampu memenuhi citarasa pelanggan.


Mantap dan Berdaya Saing 1) Menggembeling pemikiran dan usaha ke arah kejayaan syarikat. 2) Menyumbang dan menerajui pembangunan negeri dan negara. 3) Meneroka dan mempelbagaikan aktiviti ke arah pengukuhan harta dan pendapatan syarikat. 4) Terus kekal menjadi salah sebuah syarikat hartanah yang kukuh, mantap dan berdaya saing.


Berdedikasi UNTUK Merealisasikan Matlamat Dibarisi oleh wargakerja yang berpengalaman luas, cekap, amanah dan berdedikasi, ditambah pula dengan pegangan hartanah yang kukuh, Selaman Sdn Bhd akan terus berusaha dengan gigih dalam sektor pembangunan hartanah, demi mencapai dan merealisasikan matlamatnya.