Pengenalan
SELAMAN SDN BHD sebuah syarikat persendirian yang ditubuhkan dalam tahun 1977 melalui usahasama (joint venture) diantara Yayasan Selangor dengan Syarikat Shahman Sdn Bhd. Dalam tahun 1986, Saham Syarikat Shahman Sdn Bhd telah berpindah milik kepada Arab-Malaysian Development Berhad (AMDB) dan menambah modal berbayar kepada RM20juta.
Pada 20hb Ogos 1988, Jawatankuasa Permodalan Asing (Foreign Investment Committee) telah meluluskan pengambilan saham-saham yang dimiliki oleh Yayasan Selangor oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Pengambilan saham ini diikuti pula dengan penambahan modal berbayar syarikat sebanyak RM10juta lagi, menjadikan jumlah keseluruhannya hingga kini berjumlah RM30juta, sementara modal dibenarkan RM40juta. Oleh itu, saham syarikat Selaman Sdn Bhd kini dimiliki oleh PKNS sebanyak 60 peratus and 40 peratus lagi dimiliki oleh AMDB.
Profil Syarikat
| Nama | : | Selaman Sdn Bhd |
| No. Pendaftaran Syarikat | : | 34864-x |
| Alamat | : | Lot 82, Lorong Mamanda 1, Ampang Point, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan. Tel: 603 4257 0151 Fax: 603 4257 7050 |
| Tahun Ditubuhankan | : | 1977 |
| Aktiviti | : | Pembangunan hartanah |
| Jumlah | : | 36 orang setakat 2009 |
Mantap dan Berdaya Saing
- Menggembeling pemikiran dan usaha ke arah kejayaan syarikat
- Menyumbang dan menerajui pembangunan negeri dan negara
- Meneroka dan mempelbagaikan aktiviti ke arah pengukuhan harta dan pendapatan syarikat
- Terus kekal menjadi salah sebuah syarikat hartanah yang kukuh, mantap dan berdaya saing
Berdekikasi UNTUK Merealisasikan Matlamat
Dibarisi oleh kakitangan yang berpengalaman luas, cekap amanah dan berdedikasi, ditambah pula dengan pegangan hartanah yang kukuh, Selaman Sdn Bhd akan terus berusaha dengan gigih dalam sektor pembangunan hartanah, demi mencapai dan merealisasikan matlamatnya.
Kecemerlangan dan Berkualiti
- Menggalak, memaju dan membangunkan kawasan-kawasan kediaman perniagaan, perindustrian, perdagangan dan aktiviti-aktiviti yang lain.
- Berusaha meningkatkan tahap kecekapan kakitangan dengan kos operasi yang seminima mungkin.
- Berusaha untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti, serta mampu memenuhi citarasa pelanggan.
